Paris 2024: Peminat badminton Malaysia tidak melatah kelemahan Lee Zii Jia didedah


Julai 24, 2024 11:54 MYT
Walaupun kemampuan Lee Zii Jia untuk menghadirkan kilauan pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dipersoalkan, peminat badminton Malaysia tetap bersetuju dengan pandangan jurulatih China, Sun Jun.
Jurulatih itu merumuskan Zii Jia akan bergelut untuk mengejar kedudukan sekiranya mata tercicir jauh selain kesungguhannya di atas gelanggang biasa-biasa sahaja.
Namun, peminat Malaysia beranggapan itulah kenyataan pahit yang perlu ditelan Zii Jia dan menjawab segala kritikan berkenaan dengan prestasi dan kekuatan mental yang jitu.
Pengguna di Facebook menggunakan nama Fariz Osman beranggapan permainan psikologi itu menandakan China melabel Zii Jia sebagai ancaman.
Muhammad Azri pula tidak menafikan bahawa pandangan daripada jurulatih dari China tersebut yang sememangnya berkaliber.

The #Paris2024 Olympic campaign will begin with battle for Group G supremacy. #TeamLZJ#DareToDream#UNBRKBL#ShuttleHard pic.twitter.com/V1QehBrSnn

— Team LZJ (@TeamLZJ) July 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Syam Ys: "Bagus utk LZJ .....boleh improve apa yg lemah.....jgn koyak .....kekal tenang utk lawan gerun sama kita."
Perseorangan profesional kebangsaan itu membina momentum terbaik menjelang temasya berkenaan apabila mendakap dua gelaran bulan lalu sebelum mengharungi persiapan fasa akhir.
Dia perlu melepasi halangan awal daripada wakil muda Sri Lanka, Viren Nettasinghe, Ahad ini.
#badminton #Sukan Olimpik #Paris 2024