Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Pearly-Thinaah bangkit benam bekas juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

capture.png
Penonton berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sejurus beregu wanita utama negara Pearly Tan dan M.Thinaah pamer aksi memukau yang berlangsung di Aréna Porte de La Chapelle sebentar tadi.

Pearly-Thinaah turun bertemu dengan bekas juara dunia 2018 dan 2019 dari Jepun, Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara dalam misi mencari kemenangan pertama dalam aksi kumpulan A. Set pertama tampak baik buat Pearly-Thinaah  apabila berjaya mendahului perlawanan 11-7 pada satu ketika namun kualiti ditampilkan pasangan Jepun untuk bangkit semula sekaligus ambil set 21-18.



Di set kedua, Pearly-Thinaah tidak duduk diam, kembali catur strategi demi strategi dan akhirnya berjaya rampas set ini, 21-16.

Kembali bersaing di set penentuan, adegan perang psikologi tampak dimainkan oleh kedua-dua pasangan namun rezeki tidak pernah salah alamat apabila Pearly-Thinaah berjaya harumkan nama negara dengan menang set ini 21-16.

Selepas ini, Pearly-Thinaah akan teruskan perjuangan dalam misi untuk mengisi slot suku akhir dengan syarat perlu membenam cabaran terakhir beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadanti.
 

Advertisement

Must Watch Video