Paris 2024: Pearly-Thinaah boleh cipta sensasi tapi perlu lepasi halangan utama

Zaki Zainal
Julai 10, 2024 18:17 MYT
Koo Kien Keat selaku juara 5 kali pingat emas Sukan Komanwel berharap untuk melihat beregu wanita negara Pearly Tan dan M-Thinaah menyinar di Perancis dan pastinya sangat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.
Melihat kepada rekod, pasangan ini pernah cipta sensasi selaku juara Terbuka Perancis 2022 dan Kien Keat percaya mereka boleh catat sejarah sekali lagi dengan syarat mereka perlu melepaskan tekanan selaku beregu wanita harapan nombor satu Malaysia.
Kien Keat turut memuji gaya permainan yang sering dipamerkan oleh beregu wanita utama negara itu ketika berkasi di jelajah BWF.
"Thinaah dan Pearly ada corak permainan yang bagus, cuma saya tidak tahu mengapa mereka kebelakangan ini mereka tidak mencapai keputusan yang memberangsangkan.
"Saya rasa mereka ini memang harus lepaskan semua tekanan dan bebanan yang dipikul sebagai beregu wanita harapan nombor satu negara. Saya itu adalah sangat penting.
"Mereka masih muda lagi tetapi jangan ada bebanan yang besar sebegitu untuk menghadapi kejohanan terbesar seperti Olimpik, tambahnya lagi.
"Saya harapkan mereka dapatkan "mindset' seperti yang mereka laksanakan di Terbuka Perancis itu.
#badminton #Sukan Olimpik #Paris 2024
;