Penonton berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sejurus beregu wanita utama negara Pearly Tan dan M.Thinaah pamer aksi memukau yang berlangsung di Aréna Porte de La Chapelle sebentar tadi.

Pearly-Thinaah turun bertemu dengan bekas juara dunia 2018 dan 2019 dari Jepun, Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara dalam misi mencari kemenangan pertama dalam aksi kumpulan A.Set pertama tampak baik buat Pearly-Thinaah apabila berjaya mendahului perlawanan 11-7 pada satu ketika namun kualiti ditampilkan pasangan Jepun untuk bangkit semula sekaligus ambil set 21-18.



Di set kedua, Pearly-Thinaah tidak duduk diam, kembali catur strategi demi strategi dan akhirnya berjaya rampas set ini, 21-16.

Kembali bersaing di set penentuan, adegan perang psikologi tampak dimainkan oleh kedua-dua pasangan namun rezeki tidak pernah salah alamat apabila Pearly-Thinaah berjaya harumkan nama negara dengan menang set ini 21-16.

Selepas ini, Pearly-Thinaah akan teruskan perjuangan dalam misi untuk mengisi slot suku akhir dengan syarat perlu membenam cabaran terakhir beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadanti.