Paris 2024: Pearly Tan-M.Thinaah sukar robohkan tembok China, kandas dalam separuh akhir

Saufi Tahir
Ogos 2, 2024 15:50 MYT
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur apabila tewas dalam aksi debut mereka di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berdepan lawan dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, dalam aksi rubber set 21-12,18-21-15-21 di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan pasangan beregu negara beraksi dengan baik dan agresif dari aspek serangan, untuk menewaskan lawan yang merupakan pilihan pertama kejohanan 21-12 dalam tempoh 25 minit.
Begitupun, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, kembali mendapatkan momentum dengan aksi yang lebih kemas untuk menewaskan wakil beregu wanita negara dalam perlawanan yang sengit dalam set kedua 18-21 untuk mengheret Pearly-Thinaah ke set penentuan.

Pearly Tan/Thinaah Muralitharan will compete for the bronze medal after their loss in the semi-finals. They were once again defeated by the world’s No. 1 women’s doubles from China, Chen Qing Chen/Jia Yifan, with a score of 12-21, 21-18, 15-21. Focus and comeback for next game… pic.twitter.com/zjTuV9vgNj

— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) August 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pearly Tan-M.Thinaah ketinggalan dengan jurang lapan mata dalam awal perlawanan untuk pasangan dari China itu mendahului 12-5.
Begitupun, walaupun wakil negara kembali merapatkan jurang 15-18 tetapi kekemasan corak perlawanan yang ditunjukkan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan memastikan wakil dari China itu menempah slot final Sukan Olimpik Paris 2024 dalam aksi yang berakhir selama 78 minit itu.
Pearly-Thinaah melakar sejarah apabila menjadi wakil negara pertama dalam beregu wanita melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dengan kali terakhir pasangan beregu wanita adalah layak ke saingan suku akhir adalah ketika Vivian Hoo bersama Woo Khe Wei dalam edisi Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016.
Pemain di kedudukan ke-13 dunia itu akan meneruskan cabaran untuk merebut pingat gangsa berdepan lawan yang akan ditentukan dalam aksi kedua separuh akhir antara Liu Sheng Shu-Tan Ning mahupun Matsuyama Nami-Shida Chiharu dari Jepun.
Credit Photo: MOM
#badminton #Paris 2024 #Pearly Tan-M. Thinaah
;