Paris 2024: Pearly Tan-M Thinaah tempuh cabaran beregu nombor satu dunia
Najmi Iman
Julai 12, 2024 16:49 MYT
Julai 12, 2024 16:49 MYT
Gandingan beregu wanita negara diundi dalam Kumpulan A dalam satu majlis undian Sukan Olimpik Paris 2024 di Ibu Pejabat Kesatuan Badminton Dunia (BWF), Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Chef-de-Mission (CDM) negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, tampil dalam cabutan undian kedua yang menyaksikan Pearly Tan-M Thinaah bakal berdepan tentangan sengit daripada gandingan utama Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.
Selain itu, beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, dan beregu nombor satu dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, bagi perebutan tempat kedua kumpulan sebagai jaminan tiket ke suku akhir tatkala kempen di Porte de la Chapelle Arena yang bakal bermula 27 Julai ini.
Selamat maju jaya Pearly Tan-M Thinaah!