Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah untuk mara ke pusingan 16 setelah menundukkan pemain Sepanyol, Pablo Abian menerusi aksi straight set 21-10 21- dalam acara badminton peringkat Kumpulan G Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam set pertama, Lee Zii Jia dilihat tidak perlu bermandi peluh apabila pemain lawan acap kali melakukan kesilapan mudah sekaligus menang mudah 21-10.

Set kedua pula aksi sedikit sengit menuju mata kesepuluh, namun kutipan mata sehingga ke angka 21 terus menjadi milik Zii Jia.

Dengan keputusan tersebut, ia mengesahkan kejayaan Lee Zii Jia dalam misi meneruskan pemburuan emas pertama negara.