Paris 2024: Lee Zii Jia peroleh semangat Dato' Azizulhasni & Shah Firdaus sebelum pamer aksi bertenaga
Afiq Azfar
Ogos 6, 2024 14:47 MYT
Ogos 6, 2024 14:47 MYT
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 bagi acara badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia mendapat semangat dan inspirasi daripada dua atlet berkelas dunia negara, Dato' Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom.
Dalam perkongsian melalui laman Instagram Shah Firdaus, dua figura tersebut dilihat bertemu Lee Zii Jia sebelum perlawanan penentuan pingat gangsa acara perseorangan lelaki semalam.
"All the best tonight braderrr"
Itu apa yang diungkapkan Shah Firdaus melalui hantaran tersebut yang memperlihatkan beliau berswafoto bersama Dato' Azizulhasni dan Lee Zii Jia.
Sudah pastinya kata-kata semangat dan motivasi diberikan kepada Lee Zii Jia untuk mempamerkan aksi terbaik menentang Lakshya Sen dari India.
Terdahulu, Lee Zii Jia berjaya menghadiahkan pingat gangsa kedua negara dalam kempen Sukan Olimpik Paris 2024 setelah menewaskan Lakshya Sen dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11.
Bagi Dato' Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom, mereka akan memulakan aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara pecut lelaki berbasikal trek pada Rabu 7 Ogos 2024.
#badminton
#Azizulhasni Awang
#Lee Zii Jia
#Shah Firdaus Sahrom
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Sukan Olimpik Paris