Gandingan nombor tiga dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak akan berehat lama sebelum mereka kembali ke gelanggang untuk mengharungi Jelajah Dunia.

Aaron-Wooi Yik dijadual untuk menyertai Terbuka Jepun (20-25 Ogos) dan Terbuka Korea (27 Ogos-1 Sept).

Tetapi terlebih dahulu, kedua-dua pemain itu berhasrat meluangkan masa bersama keluarga.




Lebih-lebih lagi bagi Wooi Yik memandangkan dia tinggal di asrama Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara sebelum Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kami hanya mempunyai beberapa hari berehat sebelum memulakan persiapan untuk kejohanan di Jepun dan Korea Selatan.

"Kami mahu menghabiskan masa itu bersama keluarga kami.

"Sudah lama kami tidak melihat mereka,” kata Wooi Yik.