Paris 2024: Kecoh jurulatih China dedah kelemahan Lee Zii Jia


Julai 24, 2024 08:54 MYT
Jurulatih China, Sun Jun, mencetuskan polemik menjelang kempen Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan meremehkan keupayaan perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Jurulatih itu mendedahkan kelemahan utama pemain kelahiran Kedah itu adalah dalam aspek mental sebaik ketinggalan jatuh, malah meragui tahap kesungguhannya dan secara tidak langsung meremehkannya yang dalam misi merebut pingat emas pertama temasya di Perancis yang bermula hujung minggu ini.
Pandangan jurulatih Tembok Besar itu diluahkan ketika Piala Thomas sebelum disiarkan dalam satu dokumentari CCTV.
Namun, berdasarkan kejohanan terakhir, Zii Jia menunjukkan perkembangan memberangsangkan Masters Thailand dan Terbuka Australia selain muncul naib juara Masters Malaysia.
#badminton #Lee Zii Jia #Sukan Olimpik #Paris 2024