Paris 2024: Keajaiban, tenangkan diri bantu Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang -- Rexy Mainaky

Najmi Iman
Ogos 4, 2024 02:24 MYT
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, bersyukur dengan keajaiban yang berlaku di dalam gelanggang sehingga anak-anak buahnya, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menjelmakan kilauan pingat pertama kem negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
"Kami melihat dan mempercayai keajaiban berlaku ketika mereka sedang ketinggalan kerana mereka mempercayai antara satu sama lain dan seakan-akan diberikan ketenangan diri untuk bangkit menyamakan kedudukan.
"Pihak kejurulatihan sudah menerapkan teknik dan strategi penting di samping mereka berdua mampu berfikiran positif untuk tidak cepat berputus asa malah, berjuang habis-habisan," katanya.
#badminton #Rexy Mainaky #Aaron Chia-Soh Wooi Yik #Sukan Olimpik Paris 2024
;