Setelah tewas di tangan Pearly Tan dan M. Thinaah dalam aksi pelengkap jadual kumpulan A, timbul satu perkara yang menarik perhatian semua yang menonton siaran langsung yang diadakan di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.Menurut pengulas sukan Astro Arena, Wan Khairil Azwa menerusi ciapan di aplikasi X dia sempat mendengar luahan dan keluahan dari jurulatih Indonesia, Eng Hian mengenai gaya permainan yang ditampilkan oleh anak buahnya di set kedua.

"Menarik juga waktu interval di game ke-2 tadi, kedengaran Eng Hian berkata kepada anak buahnya "kamu sebenarnya mau apa ya disini, aku juga ga ngerti" dalam nada yang penuh kecewa melihat aksi anak buahnya. - ciap Khairil Azwa di aplikasi X miliknya

Untuk rekod di kempen Olimpik Paris kali ini tiada satu set pun dimenangi oleh Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadanti menjadikan peratus kemenangan mereka hanya 0%.

Ini adalah keputusan penuh melibatkan beregu Indonesia ini:

TEWAS 0-2 kepada Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 22-24,15-21
TEWAS 0-2 kepada Chen Qingchen-Jia Tifan 12-21,22-24
TEWAS 0-2 kepada Pearly Tan-M. Thinaah 18-21,9-21