Pemain beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah berdepan misi hidup mati dalam perlawanan terakhir Kumpulan A menentang pasangan Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti dalam Sukan Olimpik Paris petang ini.
Pearly-Thinaah memerlukan kemenangan besar menentang ranking 9 dunia Apriyani-Siti Fadia untuk mara ke suku akhir di Arena Port de la Chapelle.
Kedua-dua pasangan berkemungkinan akan menghadapi satu lagi pertemuan yang memenatkan dan sengit kerana mereka mempunyai kemenangan sama kuat 3-3 berdasarkan rekod head-to-head.
Indonesia telah tewas kedua-dua perlawanan mereka dalam kumpulan setakat ini menentang Chen Qingchen-Jia Yifan dan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dan tidak mempunyai peluang lagi untuk ke suku akhir tetapi besar harapan pasangan ini untuk tutup saingan di Paris dengan kemenangan.
Rekod pertemuan terakhir antara Pearly-Thinaah dengan beregu Indonesia memihak kepada pasangan negara apabila mereka menang secara straight game 21-18,21-19 dalam pusingan pertama di Terbuka Indonesia 2024 pada 6 Jun lalu.
Sama-sama kita doakan kejayaan buat pasangan beregu negara untuk kembalikan pencapaian terbaik yang dilakukan oleh beregu wanita negara Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei di Olimpik Rio 2016.
8 tahun menunggu dan misi menjadi 8 terbaik di Olimpik Paris bakal dijelmakan oleh Pearly-Thinaah. Sama-sama kita doakan.
Perlawanan terakhir kumpulan A ini akan berlangsung pada jam 4.10 petang ini dan siaran langsung khas kami bawakan di saluran 801.
Zaki Zainal
Tue Jul 30 2024