Paris 2024: Ini rekod pertemuan Lee Zii Jia lawan Lakshya Sen
Muzaffar Musa
Ogos 5, 2024 18:09 MYT
Ogos 5, 2024 18:09 MYT
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, akan berdepan jaguh India, Lakshya Sen, bagi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena malam ini.
Berdasarkan lima pertemuan sebelum ini, Zii Jia hanya menang sekali ke atas pemain di ranking ke-14 dunia berkenaan.
Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh dunia ketika ini, mencatatkan kemenangan tunggal ke atas Sen dalam saingan Piala Thomas 2022 (23-21, 21-9).
Setahun selepas itu, Zii Jia tewas 17-21, 13-21 kepada Sen dalam Terbuka Indonesia dan yang terbaru, perseorangan nombor satu negara itu tewas 22-20, 16-21, 19-21 kepada Sen dalam Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.
Dua pertemuan sebelum itu pula menyaksikan Zii Jia tewas 13-21, 21-12, 19-21 kepada Sen dalam Seluruh England 2022 dan 13-11, 3-11, 6-11, 6-11 dalam Siri Antarabangsa India 2016.
Anda boleh saksikan aksi penentuan gangsa di antara Zii Jia dan Sen bermula jam 8.30 malam ini di sini.