Paris 2024: Hampir ke set ketiga, 'Little Gangsters' padam impian Amerika Syarikat

Najmi Iman
Julai 28, 2024 18:24 MYT
Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menepati ramalan apabila berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.
Wakil kebangsaan tersebut mudah menoktahkan kemenangan dalam set pertama berdepan pasangan dari Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai, selain mempamerkan aksi garang untuk menutup ruang lawan mereka kerap mengutip mata.
Namun, ketika di set kedua, rentak permainan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sedikit terganggu sekali gus membiarkan AS mencuri mata sehingga mendahului 13-16 tetapi mereka pantas mengubah corak permainan untuk menyamakan kedudukan 20-20.

Beregu Campuran ?? Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, juga sahkan tiket Suku Akhir #SukanOlimpik #Paris2024?#KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/nIWnQDWJKD

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aksi di hadapan ribuan peminat daripada serata dunia itu menyaksikan beregu campuran negara menamatkan permainan Kumpulan D itu dengan kemenangan bergaya 24-22.
#badminton #Sukan Olimpik Paris 2024 #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei