Paris 2024: Detik hitam Komanwel 2022 dipadam Aaron-Wooi Yik

Zaki Zainal
Julai 27, 2024 17:29 MYT
Aksi pertama dalam kumpulan A melibatkan pasangan beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampak berjalan lancar apabila menang dalam aksi tiga set ke atas lawan dari Great Britain iaitu Ben Lane-Sean Vendy.

Aaron Chia/Soh Wooi Yik menang aksi pertama di #SukanOlimpik #PARIS2024 -ends- Tak type panjang, Sakit Jantung #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/qBLLFhsZ0B

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Set pertama tampak berliku buat pasangan negara apabila ketinggalan 5-9 pada satu ketika namun pamer kebangkitan semula usai interval dengan kedudukan 12-13 dan selepas itu akur tewas 19-21.
Di set kedua, enggan maruah selaku Juara Dunia 2022 direntap pasangan dari Great Britain yang kini huni ranking ke-18 dunia -- Aaron-Wooi Yik susun semula percaturan dan ianya tampak positif untuk mereka menang set ini 21-16.
Kecemerlangan pasangan negara selaku ranking keempat dunia diteruskan lagi di set penentuan apabila Aaron-Wooi Yik terus mendahului perlawanan 11-7 di interval sekaligus tidak menoleh kebelakang untuk benam lawan 21-11 dalam tempoh 1 jam 12 minit perlawanan.
Untuk makluman dengan kemenangan ini terus melebarkan lagi kelebihan 5-1 rekod pertemuan antara mereka memihak kepada pasangan negara serta keluar dari mimpi ngeri tewas dalam aksi separuh akhir di tangan lawan sama pada Sukan komanwel 2022.
;