Paris 2024: Chong Wei kongsi detik cemas jadi kelakar disebabkan Jason
Julai 27, 2024 12:40 MYT
Pemilik dua pingat perak Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Bekas jaguh siri super itu mengakui situasi cemas berkenaan sampai menuntutnya memerlukan perhatian daripada ahli terapi kem Malaysia sebelum berdepan wakil Hong Kong dalam pusingan pertama, Ng Wei.
Tetapi apa yang menghairankannya, individu tersebut asyik menyebut nama Jason hingga mengundang kehairanan Chong Wei, masakan tidak pegawai sukan tidak kenal wakil negara dalam Sukan Olimpik.
"I tau. Jason ialah nama saya, Saya pon cemas gak. Ini kali pertama saya jadi psychologist untuk acara begitu besar.
"So sebelum I motivate u, I motivate i sendiri dulu," tulisnya di laman sosial.
Rupa-rupanya Jason merupakan nama perawat itu