BADMINTON
Paris 2024: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mudah ratakan beregu Singapura dalam aksi pertama Kumpulan D
Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memulakan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan langkah kanan selepas mengetepikan cabaran daripada wakil Singapura, Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica, 23-21, 21-11 di Porte de la Chapelle Arena.
Saingan pertama Malaysia dalam kempen berprestij itu dimulakan dengan perlawanan sengit di set pertama menyaksikan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya bangkit selepas interval untuk mendahului seketika meskipun hampir diaibkan pasangan Singapura tersebut yang mengheret mata sehingga 20-20 sebelum menoktahkan kemenangan di set pertama.
Aksi diteruskan di set kedua dengan wakil negara mempamerkan permainan yang meyakinkan untuk mendominasi perlawanan kedua tersebut sekali gus meninggalkan jauh kedudukan mata yang sangat sukar dikejar oleh Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica.Debutants on ?Beregu Campuran ?? Chen Tang Jie/Toh Ee Wei memulakan kempen #SukanOlimpik #Paris2024 mereka dengan kemenangan Straight Games ke atas wakil ?? Terry Hee/Jessica Tan23-21, 21-12#KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/mWfWRCQdmQ— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 27, 2024
Gandingan ranking ke-9 dunia berkenaan berhasil mendapatkan keputusan bersih menewaskan negara jiran dengan straight set selain bakal bertemu lawan dari China dan Amerika Syarikat (AS) dalam aksi Kumpulan D kempen tersebut.
Iklan
Must-Watch Video