Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berdepan rintangan awal Kumpulan D

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mix.jpg
Gandingan beregu campuran negara diundi dalam Kumpulan D dalam satu majlis undian Sukan Olimpik Paris 2024 di Ibu Pejabat Kesatuan Badminton Dunia (BWF), Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Olimpian negara, Goh Liu Ying dan juara bertahan Sukan Paralimpik, Cheah Lek Hao, tampil dalam cabutan undian pertama yang menyaksikan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal berdepan wakil dari 
China yang juga jaguh nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Selain itu, gandingan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai dan Singapura, Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica, bagi perebutan tempat kedua kumpulan sebagai jaminan tiket ke suku akhir tatkala kempen di Porte de la Chapelle Arena yang bakal bermula 27 Julai ini. 

Selamat maju jaya Chen Tang Jie-Toh Ee Wei!

Advertisement

Must Watch Video