'Apa sahaja boleh berlaku', demikian luahan pemenang pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, Goh Liu Ying, yang yakin kewibawaan pasangan 'the little gangsters', Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memiliki elemen kejutan yang mampu ditampilkan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Konsistensi dan kematangan gandingan tersebut turut diakui telah berada pada fasa terbaik untuk mengejutkan pilihan utama.

Ia bersandarkan kepada corak permainan ditampilkan gandingan negara melayakkan mereka menghuni kelompok 10 terbaik dunia.