Paris 2024: Cabaran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terhenti di suku akhir

Saufi Tahir
Julai 31, 2024 04:19 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa akur apabila tewas straight set 19-21,14-21 dalam tempoh 43 minit berdepan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dalam saingan suku akhir Sukan Olimpik Paris di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan aksi perebutan mata antara kedua-dua pasangan bermula dengan sengit dengan masing-masing tidak mahu ketinggalan jauh.
Perlawanan terhenti seketika dalam pertengahan aksi set pertama berikutan Toh Ee Wei yang mengalami kecederaan akibat tergelincir justeru memberikan pasukan lawan kelebihan untuk mendahului dengan enam mata dihadapan.

#Olympics #Badminton | XD Quarterfinal #KOR?? Kim Won Ho-Jeong Na Eun def. #MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-19 21-14 *Tang Jie-Ee Wei's Olympic debut ends in the quarterfinals after a tough match against their world No. 8 opponents. Heads up, keep pushing!#Paris2024pic.twitter.com/OHiHgH4k07

— BAM (@BA_Malaysia) July 31, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, walaupun Chen Tang Jie-Toh Ee Wei cuba mengejar lawan yang sudah berada dalam 'match point', pasangan beregu negara terpaksa akur apabila tewas set pertama 19-21 walaupun sudah menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Beberapa kesilapan mudah dalam set kedua pula dalam awal perlawanan memudahkan lawan di kedudukan ke-8 dunia itu mengambil kesempatan terhadap 'Little Gangster' untuk mendahului dengan jurang yang besar, 11-1.
Masalah kecederaan terus menyukarkan pasangan negara untuk beraksi dengan momentum terbaik hingga menyebabkan mereka terpaksa akur apabila tewas kepada naib juara Terbuka Malaysia itu 14-21 dalam tempoh 19 minit.

Chen Tang Jie/Toh Ee Wei’s journey at Paris 2024 ended in the quarterfinals of the Mixed Doubles when they lost the first set in a hard-fought battle and struggled in the second set, ultimately losing 19-21, 14-21 to South Korean pair, Kim Won Ho/Jeong Na Eun.#OlympicMASpic.twitter.com/FO659SSLmM

— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) July 31, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kekalahan itu, cabaran wakil beregu campuran negara berakhir di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan dua lagi wakil negara iaitu Pearly Tan, M. Thinaah dan Lee Zii Jia akan meneruskan saingan dalam acara badminton hari ini.
#Chen Tang Jie #Toh Ee Wei #Paris 2024 #badminton#Sukan Olimpik
;