Paris 2024: Beregu nombor satu dunia cabaran Aaron-Wooi Yik di peringkat kumpulan
Muzaffar Musa
Julai 15, 2024 16:34 MYT
Julai 15, 2024 16:34 MYT
Beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan berdepan cabaran luar biasa dalam saingan peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila diundi bersama beregu pilihan utama dari China.
Dalam majlis undian sebentar tadi, taruhan negara itu diundi dalam Kumpulan A, sekali gus akan bertemu beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang.
Turut berada dalam kumpulan sama ialah gandingan Great Britain, Ben Lean-Sean Vendy, dan beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura.
Acara badminton beregu lelaki akan berlangsung dari 27 Julai hingga 5 Ogos ini di Arena Porte de la Chapelle.