Paris 2024: Apa sasaran terbaik buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik?

Ammar Hakim
Julai 2, 2024 10:03 MYT
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik beregu lelaki yang keempat menyumbangkan pingat buat negara ketika Olimpik Tokyo 2020 (Gangsa).
Datuk Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock menjadi beregu lelaki pertama yang menyumbang pingat Perak kepada negara di edisi Atlanta 1996 sementara pencapaian itu diulangi oleh Goh V Shem dan Tan Wee Kiong di Rio.
Aaron-Wooi Yik mula digandingkan bersama pada November 2015 ketika menghadapi World Junior Champions dan keserasian menjadikan mereka beregu lelaki utama buat negara.
Memenangi pingat gangsa pada edisi Tokyo 2020, mereka kembali ke pentas berprestij itu memburu pencapaian yang lebih tinggi di Paris nanti.
Pada pendapat anda, sasaran apa yang terbaik buat beregu nombor satu negara ini?
Selamat maju jaya buat Aaron dan Wooi Yik!
#badminton #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Paris 2024 #Sukan Olimpik 2024