Rasmussen dan Astrup yang kini masing-masing berusia 35 dan 32 tahun juga mengetahui bahawa Paris 2024 merupakan peluang pentas terbaik mereka untuk meraih podium di Sukan Olimpik selepas impian merebut pingat emas tidak kesampaian.
One more game to go for the Aaron Chia OLY/Soh Wooi Yik OLY combination as they face Denmark’s, Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen on Sunday, 4 August 2024 at 9.00 pm Malaysian Time.
— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) August 2, 2024
Go for the Bronze medal guys! #OlympicMAS#Paris2024 pic.twitter.com/aI42rEcLe8
Itu sahaja sudah memadai untuk menceritakan satu pertembungan epik yang bakal disajikan apabila mereka akan berentap dengan Aaron dan Wooi Yik pada jam 8:30 malam ini.
"Saya rasa perkara paling mengecewakan dalam sukan badminton di Sukan Olimpik adalah berada di kedudukan keempat.
"Kami telah melalui banyak perlawanan, ini adalah suasana yang luar biasa. Jadi, kami menghargai pengalaman di sini sama ada meraih pingat mahupun tidak.
"Kami bersedia untuk perlawanan esok." Katanya kepada Nadi Arena.