Enam hari menuju Sukan Paralimpik 2024, pemain badminton para SU5 , Fareez Anuar, sudah pun bersedia mempamerkan senjata rahsia untuk meraih kedudukan podium dalam kategori perseorangan lelaki di Paris, bermula 29 Ogos hingga 8 September ini.

Jelas Fareez, dia membawa sikap dan aura idolanya, Cheah Liek Hou, dalam menempuh setiap lawan yang bakal ditemuinya nanti.

Dia hanya menjalani latihan ringan di samping jurulatihnya, Nova Armada, hari ini yang lebih menekankan corak permainan di jaring dan pukulan ke garisan belakang sebagai persiapan untuk membalas pukulan bagi mengelirukan pihak lawan.

"Dia sanggup korbankan banyak perkara.




"Kesungguhan dan disiplinnya untuk dapatkan sesuatu adalah sesuatu yang saya mahu contohi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil.

Skuad para negara akan berlepas ke Paris pagi esok.