Skip to main content

Badminton

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou mahu Fareez Anuar teruskan legasinya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cheah.jpg
Harapan untuk menyaksikan penampilan final idaman Sukan Paralimpik Paris 2024 semakin membara apabila undian separuh akhir memihak kontinjen negara.

Cheah Liek Hou yang melengkapkan formaliti aksi terakhir kumpulan dengan kemenangan akan bertemu Dheva Anrimusthi -- sekali gus mengulangi pertembungan final mereka dalam edisi di Tokyo, tiga tahun lalu.

"Sudah semestinya kelajuan dia sangat baik, tetapi kelebihan dia belajar daripada saya adalah pengalaman.

 

"Di sini dia sangat bekerja keras kerana lawannya di peringkat kumpulan sangat mencabar, jadi undian saya agak mudah berbanding dia. Dari aspek kecergasan mungkin akan beri kelebihan tetapi dari aspek usia agak jauh kerana perbezaan 11 tahun antara saya dan dia.


 

"Kami harus cuba yang terbaik, dapat melakar kemenangan sama ada saya ataupun Fareez Anuar di peringkat separuh akhir adalah apa yang jurulatih harapkan.

"Malah, jurulatih berharap Fareez juga dapat ganti posisi saya selepas ini," kata penyandang juara kategori SU5 itu. 

 

Advertisement

Must Watch Video