Skip to main content

Badminton

Paralimpik Paris 2024: Pramond Bhagat digantung CAS selama 18 bulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pramond.jpg
Pemain badminton para India, Pramond Bhagat, mendapat perintah larangan selama 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekali gus menafikan peluang untuk mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan Bhagat telah digantung sehingga 1 September 2025 akibat enggan mendedahkan keberadaannya semasa melakukan persiapan menghadapi temasya berprestij itu.

"Saya tidak menyangka bahawa keputusan tersebut tidak memihak kepada saya," katanya.

Terdahulu, CAS mendapati bahawa perseorangan lelaki kategori SL-3 itu bersalah kerana melanggar peraturan anti-doping BWF sambil pemain berusia 36 tahun menegaskan itu hanyalah masalah teknikal yang tidak menyebelahinya.

Sebagai rekod, Bhagat merupakan orang India pertama meraih pingat emas dalam sukan badminton di Paralimpik selain juara lima kali Para Bandminton Dunia yang menyamai rekod legenda China, Lin Dan.

Advertisement

Must Watch Video