Paralimpik Paris 2024: Fareez Anuar ralat terlepas pingat gangsa

Muzaffar Musa
September 3, 2024 08:54 MYT
Perseorangan badminton para, negara, Fareez Anuar, mengakui berasa ralat apabila terlepas pingat gangsa kategori SU5 (kecacatan fizikal) dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 awal pagi tadi.
Pemain itu berasakan keinginannya yang terlalu tinggi untuk mendapatkan pingat dalam penampilan pertamanya di pentas itu membuatkan permainannya serba tidak menjadi.
Dalam aksi penentuan pingat gangsa berkenaan, Fareez tewas kepada penyandang pingat perak Tokyo 2020 dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-17, 19-21, 12-21 di Arena Porte de La Chapelle.
"Saya ralat, terlalu inginkan gangsa sehingga permainan saya tidak menjadi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Kategori SU5 menyaksikan jaguh negara, Chieh Liek Hou, bergelar juara dengan menewaskan lawan dari Indonesia, Suryo Nugroho, 21-12, 21-15, sekali gus menyumbangkan pingat emas pertama kontinjen negara dan mempertahankan gelaran yang dimenanginya di Tokyo 2020.

??? TERKINI !!! “Saya ralat, terlalu inginkan gangsa sehingga permainan saya tidak menjadi” - Fareez Anuar, Paris 2024 - Malaysia, sila HADIR beri sokongan moral buat Fareez ‘The Giant Killer’ Anuar ??@ASTROARENA pic.twitter.com/LghqTvXXMQ

— karlnunis (@_karlnunis) September 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cheah Liek Hou #Badminton para #Sukan Paralimpik #Paralimpik Paris 2024 #Fareez Anuar
;