Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou tidak mahu tertekan dengan status juara bertahan

Saufi Tahir
September 2, 2024 19:36 MYT
Jaguh badminton dunia kategori SU5, Cheah Liek Hou, enggan termakan andaian final Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan pertembungan anti klimaks susulan juara bertahan itu akan bertemu perseorangan kedua Indonesia, Suryo Nugroho nanti.
Ini susulan musuh tradisinya, Dheva Anrimusthi, tumbang kepada Liek Hou dalam aksi separuh akhir dan andaian Liek Hou bakal menang mudah tiada dalam fikiran pemain berusia 36 tahun itu.

???? ??? ??????? ????? ???? We received good news from Porte De La Chapel, where Cheah Liek Hou secured his final match. His opponent is Suryo Nugroho. ? By @ridhwanroslim pic.twitter.com/uQXrLnUgg9

— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia mahu melupakan kemenangan keatas Suryo Nugroho dalam saingan peringkat kumpulan sambil berasakan pentas final Sukan Paralimpik seringkali menawarkan elemen kejutan.
"Memang saya ingin pertahankan gelaran juara bertahan, tetapi saya tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepada diri saya memandangkan hanya tinggal satu perlawanan sahaja (malam ini).
"Saya akan cuba menganalsis aksi dia sebagai persediaan perlawanan akhir, saya tidak boleh terlalu yakin kerana peringkat kumpulan saya pernah menang berdepan dia." katanya.
#Cheah Liek Hou #Badminton para #Sukan Paralimpik #Paralimpik Paris 2024 #Info Siaran Langsung #Fareez Anuar
;