Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou mahu Fareez Anuar teruskan legasinya

Saufi Tahir
September 1, 2024 19:23 MYT
Harapan untuk menyaksikan penampilan final idaman Sukan Paralimpik Paris 2024 semakin membara apabila undian separuh akhir memihak kontinjen negara.
Cheah Liek Hou yang melengkapkan formaliti aksi terakhir kumpulan dengan kemenangan akan bertemu Dheva Anrimusthi -- sekali gus mengulangi pertembungan final mereka dalam edisi di Tokyo, tiga tahun lalu.
"Sudah semestinya kelajuan dia sangat baik, tetapi kelebihan dia belajar daripada saya adalah pengalaman.

???? ?? ????!!! Cheah Liek Hou and Muhammad Fareez Anuar successfully beat the competition at the group stage. They will meet Indonesian players in order to Final. Let’s keep the winning record, and to the final we go. ? By @ridhwanroslim pic.twitter.com/VilO3XZHV6

— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di sini dia sangat bekerja keras kerana lawannya di peringkat kumpulan sangat mencabar, jadi undian saya agak mudah berbanding dia. Dari aspek kecergasan mungkin akan beri kelebihan tetapi dari aspek usia agak jauh kerana perbezaan 11 tahun antara saya dan dia.

??? TERKINI !!! Wakil perseorangan lelaki negara (SU5) Cheah Liek Hou & Fareez Anuar tepati ramalan langkah kanan Paralimpik Paris. Fareez mudah menundukkan Fang Jeng Yu 21-14, 21-18. Liek Hou turut merekodkan kemenangan straight set keatas Bartlomiej Mroz@ASTROARENA pic.twitter.com/UlT1Z8TSK8

— karlnunis (@_karlnunis) August 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami harus cuba yang terbaik, dapat melakar kemenangan sama ada saya ataupun Fareez Anuar di peringkat separuh akhir adalah apa yang jurulatih harapkan.
"Malah, jurulatih berharap Fareez juga dapat ganti posisi saya selepas ini," kata penyandang juara kategori SU5 itu.