Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou berterima kasih kepada rakyat Malaysia selepas menang emas (video)

Muzaffar Musa
September 3, 2024 08:00 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, berterima kasih kepada rakyat Malaysia selepas muncul pemenang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 awal pagi tadi.
Perseorangan lelaki negara itu muncul juara kategori SU5 (kecacatan fizikal) apabila menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho, 21-12, 21-15 di Arena Porte de La Chapelle.
Ia menyaksikan Liek Hou mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Tokyo 2020.
Menerusi satu kiriman video yang dikongsikan Era, Liek Hou berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia sebaik memenangi pertarung berkenaan.
Video:

#Cheah Liek Hou #Badminton para #Sukan Paralimpik #Paralimpik Paris 2024
;