Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, berterima kasih kepada rakyat Malaysia selepas muncul pemenang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 awal pagi tadi.

Perseorangan lelaki negara itu muncul juara kategori SU5 (kecacatan fizikal) apabila menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho, 21-12, 21-15 di Arena Porte de La Chapelle.

Ia menyaksikan Liek Hou mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Tokyo 2020.

Menerusi satu kiriman video yang dikongsikan Era, Liek Hou berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia sebaik memenangi pertarung berkenaan.

Video:

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)