Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou banggakan negara, kata Anwar Ibrahim
Shaiful Shamsudin
September 3, 2024 19:04 MYT
September 3, 2024 19:04 MYT
Kejayaan Cheah Leik Hou mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik pantas mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain menyifatkan ia sebagai pencapaian yang membanggakan antara ucapan dalam ciapannya di X sebentar tadi berbunyi: "Tahniah !!! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!".
Emas pertama kontinjen Paralimpik negara di Paris itu juga diraikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu. Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!#KitaSemuaTeamMAS https://t.co/srrDqbM0ZR
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan sudah pasti Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang selama ini tanpa berbelah bahagi memberikan kepercayaan kepada Liek Hou.
Juga Team Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada olimpian penuh dedikasi ini.