Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024, Cheah Liek Hao, menambah koleksi peribadi apabila mengulangi pencapaian terbilang dalam Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2025 Tahap 1 di Toledo, semalam.
Aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) itu menyaksikan atlet berusia 37 tahun itu menewaskan wakil Taiwan, Fang Jen-Yu, 18-21, 21-17, 21-11 untuk memperoleh kedudukan podium tertinggi kejuaraan.
Liek Hao yang berasal dari Kuala Lumpur itu meraih pingat emas kedua menerusi gandingan bersama Muhammad Fareez Anuar dalam perlawanan akhir beregu lelaki SU5.
Sementara itu, kem negara turut membawa pulang satu lagi pingat emas menerusi beregu berkerusi roda Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan dalam kategori WH1-WH2.

Spanish Para Badminton International 2025 Level 1 Toledo, Spain
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) March 17, 2025
MS SU5
Cheah Liek Hou ?✅
MD SU5
Muhammad Fareez / Cheah Liek Hou?✅
MD WH 1-2
Muhammad Ikhwan / Noor Azwan ?✅
Pasukan Para Badminton berjaya memenangi
3?
1 ?
2?#KitaSemuaTeamMAS #AllianzMalaysia pic.twitter.com/ePyg2TpbLk