Skip to main content

Badminton

Pahit tetapi harus ditelan -- Chin Chai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chinchai.jpg
Pengurus pasukan, Datuk Ng Chin Chai, menyatakan Malaysia perlu segera menerima realiti pahit bahawa kualiti skuad Piala Thomas negara sememangnya sekadar layak ke suku akhir sebelum boleh merancang sebarang kebangkitan.

Kelemahan Malaysia terserlah sewaktu penentuan juara peringkat kumpulan apabila tewas 3-2 di tangan Denmark di Bangkok, Thailand.

Kekalahan 3-1 kepada Indonesia semalam juga membangkitkan persoalan apakah Malaysia mampu memberikan cabaran kepada China jika layak ke separuh akhir?

"Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik. Kami tidak cukup baik. Kami hanya di tahap suku akhir. Kami harus pandang ke depan. Kami perlu nilai apakah yang kita lakukan sepanjang dua tahun ini. 

"Kami harus memikirkan pemain baru, pemain muda untuk masa depan. Kami perlu buat pelaburan sekarang. Kalau kita lihat, sebahagian besar pemain Indonesia adalah muda. Kami tewas kepada pasukan muda," kata Chin Chai.

Dalam aksi menentang Indonesia, permulaan baik direkodkan menerusi kemenangan Datuk Lee Chong Wei ke atas Anthony Ginting 21-19, 21-16.

Sekali lagi kegagalan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, meletakkan tekanan ke atas Lee Zii Jia yang diperangkap permainan kemas dan licik Jonatan Christie.

Sementara itu, kesilapan berulang Aaron Chia-Teo Ee Yi mengesahkan penamat Malaysia dalam pusingan suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video