Ketua jurulatih beregu profesional, Rosman Razak, memuji aksi terbaik di atas gelanggang beregu lelaki negara, Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei selepas membenam He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam Terbuka China, kelmarin.
Sze Fei-Nur Izzudin turun sebagai 'underdog' sebelum mencipta kejayaan berikutan beregu tuan rumah itu.
Bagaimanapun, Rosman berpandangan mereka telah menunjukkan aksi yang baik sepanjang kempen di Changzhou itu.
"Angin di gelanggang sangat mainkan dalam Terbuka China. Kekuatan angin sentiasa berubah. Dalam aksi separuh akhir dan final, penganjur telah menutup laluan angin jadi corak permainan dan taktikal berubah.
"Di atas kertas, rekod pertemuan kami tidak begitu baik tetapi saya memang sudah jangkakan sengit.
"Setiap kali (kejayaan) pemain tidak harus cepat berpuas hati. Setiap kejohanan adalah berbeza tapi kali ini dengan kawalan angin yang baik. Banyak faktor yang membolehkan pemain profesional dapat menyerlah kali ini.
"Kami akan menjalani persiapan untuk kejohanan di Eropah di Finland dan Denmark. Ia kejohanan dan keadaan yang berbeza.
"Kami harus lupakan Terbuka China dan fokus untuk kejohanan seterusnya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Shaiful Shamsudin
Tue Sep 24 2024