Skip to main content

Badminton

Nur Izzuddin-Sze Fei fokus perbaiki ranking BWF

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sze-fei-izzuddin.jpg
Menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang bakal bermula Selasa ini menjadi medan untuk beregu lelaki Malaysia, Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei, memperbaiki kedudukan dunia BWF.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, Izzuddin-Sze Fei mempertaruhkan sasaran untuk merebut dua atau tiga lagi gelaran musim ini bagi memperbaiki kedudukan.

"Kami fokus untuk naikkan ranking dulu.

"Sekurang-kurangnya ada dua atau tiga gelaran tahun ini.

"Kalau ada rezeki layak ke Sukan Olimpik Paris, itu sudah semestinya bonus buat kami," kata Izzuddin dalam temu bual itu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BAM (@ba_malaysia)


Melihat kepada episod duka tahun 2023 yang menyaksikan kekalahan mereka dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia musim lalu, mereka tampak bersedia untuk membuka lembaran baru selepas terpaksa berpisah seketika ekoran prestasi merudum.

Advertisement

Must Watch Video