BADMINTON
Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mula usaha pendakian ranking di AS
Bekas beregu lelaki di ranking kelapan dunia, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, yang berpisah sementara akibat prestasi yang kurang memberangsangkan sebelum ini biarpun telah bergandingan selama tujuh tahun, kini hanya mahu memberi tumpuan kepada memantapkan semula gandingan mereka.
Konflik di antara mereka sebelum ini jelas mendapat pelbagai reaksi daripada peminat sukan tanah air, apatah lagi di landasan tepat dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024.
"Apabila bermain dari bawah, agak susah mencari keserasian bersama gandingan baru.
Iklan
"Selepas perbincangan antara pemain dan jurulatih sekali, saya yakin keserasian di antara saya dan Sze Fei masih ada walaupun kami pernah berpisah buat sementara waktu," katanya ketika diwawancara Astro Arena di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Selepas diputuskan, Nur Izzuddin-Sze Fei yang tergelincir ke tangga ke-32 dunia akan berdepan cabaran pertama mereka menerusi Terbuka Amerika Syarikat, bulan depan.
"Kerja keras itu pasti, tiada apa yang mustahil.
"Dalam tempoh setahun ini kami perlu bekerja keras. Dengan kelayakan Sukan Olimpik, kami akan cuba berikan yang terbaik," katanya.
Must-Watch Video