Skip to main content

Badminton

Nova Widianto mahu Tang Jie-Ee Wei rangkul satu gelaran di Eropah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nova.jpg
Jurulatih kebangsaan beregu campuran negara, Nova Widianto, melemparkan cabaran berani kepada Juara Dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk menang sekurang-kurangnya satu kejuaraan di bumi Eropah.

Selepas sebulan berehat akibat kecederaan otot, Ee Wei kini pulih sepenuhnya dan bersedia kembali menggegarkan gelanggang dalam Terbuka Denmark bermula minggu hadapan.

Misi mereka tidak berhenti di situ, malah Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo turut menanti dalam siri jelajah padat sepanjang Oktober ini.

Di Denmark, naib juara Masters China itu akan membuka langkah menentang pasangan Chinese Taipei, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang.

Andai berjaya mara, mereka dijangka bertemu rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, di suku akhir sebelum berpotensi dalam pertembungan epik menentang gandingan nombor satu dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di separuh akhir.

"Saya meletakkan sasaran supaya satu kejuaraan diperoleh oleh beregu campuran di ranking keempat dunia ini," katanya di Nadi Arena.

Dalam masa sama, Nova turut menitipkan pesanan buat pelapis emas negara, Dania Sofea Zaidi, yang kini sedang dalam fasa pemulihan akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

"Dania ialah salah seorang atlet yang bakal bersinar pada masa hadapan. 

"Saya berharap dia kekal yakin dan cepat kembali ke gelanggang kerana usianya yang masih muda," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video