Skip to main content

Badminton

Ng Tze Yong tabah hadapi ACL, azam kembali lebih kuat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpg
Tekad Ng Tze Yong untuk kembali dengan lebih kuat selepas pembedahan lutut akibat ligamen anterior cruciate (ACL) melambangkan ketabahan untuk meneruskan perjuangan kariernya. 

Pemain perseorangan lelaki negara itu bakal berehat panjang berikutan kecederaan yang menimpanya dalam pusingan pertama Malaysia Masters 2025, dua minggu lalu. 

Tze Yong kekal positif -- apatah lagi selepas melalui pemulihan panjang kecederaan belakang sejak setahun lalu -- sambil menghargai bantuan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi program pemulihannya. 

“Memang sukar untuk menerima keadaan ini, terutamanya selepas segala usaha keras yang telah saya lakukan sebelum ini, namun saya tahu ini hanyalah satu lagi cabaran yang perlu saya atasi.

"Saya akan terus berfikiran positif, mengikuti pelan prehab dengan tekun, dan fokus sepenuhnya untuk kembali lebih kuat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BAM, ISN dan semua yang terlibat dalam pasukan perubatan dan kejurulatihan atas sokongan serta penjagaan mereka. Terima kasih juga kepada semua peminat atas mesej-mesej sokongan anda ia amat bermakna bagi saya,” menurutnya menerusi laman sosial badan induk badminton negara itu. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video