Naib juara dunia remaja 1998 kini jurulatih Lee Zii Jia
Shaiful Shamsudin
Disember 25, 2024 13:22 MYT
Disember 25, 2024 13:22 MYT
Bekas pemain Malaysia, Yeoh Kay Bin, diumumkan sebagai jurulatih baru kepada perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia.
Kay Bin merupakan bekas naib juara dunia remaja 1998 dan pemenang pingat gangsa Kejohanan Asia 2007 ini pernah berguru di bawah jurulatih legenda China, Li Mao, sekali gus menjadikannya pilihan yang tepat memacu karier Zii Jia.
Zii Jia yang berpisah dengan Wong Tat Meng sebaik Kejohanan Final Jelajah Dunia di Hangzhou, dua minggu lalu, dan dalam pemulihan kecederaan pergelangan lali akan mengharungi persiapan menghadapi Terbuka Malaysia pada 7 Januari depan yang menjadi kejohanan pembuka tirai 2025.
Sebelum ini, Zii Jia turut pernah mendapat sentuhan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya.