Pemain beregu wanita Jepun, Chiharu Shida, mengakui mi goreng merupakan makanan kegemarannya di Malaysia ketika bertanding dalam Masters Malaysia, bulan lalu.
Shida bersama gandingannya, Nami Matsuyama, ditanya tentang makanan kegemaran mereka sewaktu berkelana di tanah air, dan Shida tidak teragak-agak dengan jawapannya.
Sementara itu, Matsuyama berkata, dia menggemari nasi lemak, hidangan ikonik Malaysia yang digemari jutaan orang.
Apabila ditanya mengenai tempat kegemaran mereka untuk dilawati, Shida mendedahkan dia ingin melawat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, manakala Matsuyama gembira berada di Axiata Arena, venue tahunan acara super 500 itu.
Shida-Matsuyama pastinya berpeluang mencuba makanan kegemaran mereka, tetapi Shida mungkin tidak berkesempatan mengunjungi mbangunan ikonik itu kerana jadual mereka yang padat.
Pasangan nombor dua dunia itu tersingkir pada pusingan kedua di Masters Malaysia.