Bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat, optimis dengan prestasi semasa Arif Junaidi-Yap Roy King yang bertanding dalam Terbuka Korea, ketika ini.
Menghuni ranking ke-20 dunia, pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu percaya gandingan muda itu mampu mencipta sesuatu selepas mempamerkan perlawanan memberangsangkan dalam Kejuaraan Dunia, Terbuka Hong Kong dan Masters China.
"Mereka ada peluang untuk menang.
"Saya berharap mereka dapatkan banyak pengalaman daripada kekalahan sebagai pengajaran," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Dalam masa sama, Kien Keat turut berharap aksi terbaik daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas prestasi tidak menentu sebelum ini, selain berharap bekas juara Dunia 2022 itu kembali menggegarkan persaingan dua terbaik dunia.
Dia turut memuji kejayaan beregu campuran negara yang mara ke final berturut-turut di Paris dan Masters China, meskipun Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa menarik diri daripada kejohanan di Korea akibat kecederaan.
"Mereka masih bermain dengan sangat baik dan tiada tekanan berlebihan," tambahnya.