BADMINTON
Menteri mahu atlet RTG kekal fokus rebut slot Sukan Olimpik Paris
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang menyeru pihak media memberikan tumpuan dan liputan yang sama kepada atlet paralimpik setanding dengan atlet normal kebangsaan yang lain.
"Walaupun mungkin tidak ramai wakil media yang akan dihantar tetapi biarlah maklumat atlet negara dapat terus dikongsi supaya mereka tahu bahawa (perjuangan) mereka mendapat sokongan rakyat Malaysia," katanya.
Selain itu, dia turut menganggap kejayaan Lee Zii Jia mengalahkan Ng Tze Yong dalam final badminton Terbuka Finland sesuatu yang bermakna, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua wakil perseorangan lelaki adalah dari Malaysia.
"Saya percaya di televisyen, pasti ramai yang mendengar nama Malaysia (disebut-sebut) sebab dua pemain negara beraksi dalam final.
"Saya harap mereka teruskan usaha untuk layak ke Sukan Olimpik kerana mereka adalah atlet Road to Gold (RTG)," katanya lagi.
Beliau ditemui dalam Majlis Memeterai MOU penajaan 99 Speedmart yang bersetuju memberi penajaan bernilai RM750,000 bagi tempoh tiga tahun kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) serta RM1.2 juta untuk tempoh yang sama bagi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).