BADMINTON
Mei Xing-Pei Kee sasar tembus kelompok 20 terbaik dunia
Beregu wanita negara yang sedang meningkat naik, Teoh Mei Xing, meletakkan penanda aras terbaru apabila mahu menempatkan diri di ranking ke-20 selepas permulaan positif 2025 bersama Go Pei Kee.
Perkembangan terbaru daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan pasangan tersebut kini menghuni tempat ke-48 dunia susulan melonjak 18 anak tangga sebelum ini.
Biarpun dihimpit kecederaan lutut sejak tahun lalu, ia tidak menghalang Mei Xing untuk terus beraksi pada setiap kejohanan yang dihantar Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Iklan
Dalam masa sama, Mei Xing optimis terhadap kemampuan mereka menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) meskipun tanpa penyertaan beregu utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah.
"Saya sangat berbangga terpilih beraksi dalam acara berkumpulan ini.
"Saya mahu menampilkan persembahan terbaik.
"Saya tidak mahu mengulangi aksi ketika bertemu lawan sebelum ini, kami harus memperbaiki sedikit teknik dan mengambil mata satu demi satu," katanya.
Must-Watch Video