Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, lebih menumpukan perhatian kepada pertemuan dengan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam mengintai kemaraan jauh Kejohanan Badminton Masters Thailand yang bermula hari ini.

Mereka -- yang mengharungi kejohanan keempat tahun ini -- dijangka berdepan seteru dari Jepun itu dalam pusingan kedua berbanding pertarungan esok,

Soon Huat menjelaskan mereka lebih waspada terhadap gandingan itu berikutan kekalahan dalam Terbuka Korea Selatan tahun lalu.

"Kami anggap pertemuan dengan wakil Israel adalah satu bonus dan memberi lebih tumpuan kepada Midorikawa-Saito.

"Memang rumit untuk berdepan mereka berikutan fizikal dan corak permainan perlahan yang diterapkan yang sesuai buat mereka.

"Jadi kami sasarkan untuk mara ke separuh akhir terlebih dahulu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.