Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Orleans apabila menewaskan wakil Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tzu, dalam aksi pusingan kedua di Palais des Sports malam tadi.
Selepas gandingan pilihan utama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kandas dalam aksi lebih awal, Pang Ron dan Su Yin memastikan akan ada wakil negara di peringkat suku akhir walaupun mereka tewas set pembukaan 16-21.
Dengan aksi yang lebih kemas, mereka bangkit memenangi dua set berikutnya 21-13, 21-16.
Dengan kemenangan itu, Pang Ron dan Su Yin akan mencongak perhitungan dengan wakil Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja -- yang menyingkirkan Tang Jie-Ee Wei -- bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.