Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Masters Orleans: Rentak dua beregu lelaki negara tidak menjadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpeg
Perjalanan dua beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Tee Kai Wun-Man Wei Chong, tamat dalam pusingan 32 Masters Orleans di Perancis, sebentar tadi. 

Jelas kedua-dua taruhan negara itu tidak berada dalam prestasi terbaik selepas tumbang secara straight set kepada lawan masing-masing. 

Aaron-Wooi Yik selaku pilihan kedua kejohanan terlebih dahulu ditunjukkan jalan keluar apabila menyerah 18-21 dalam set pertama kepada gandingan muda China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun.

Mereka -- yang dipisah 53 anak tangga ranking dunia -- tidak menemui jalan kebangkitan apabila perjuangan berakhir dalam tempoh hanya 27 minit apabila kalah 8-21 dalam set kedua. 

Dalam masa sama, Kai Wun-Wei Chong menjadi mangsa kepada beregu Korea Selatan yang kembali bergandingan, Seo Seung-jae/Kim Won-ho.

Kai Wun-Wei Chong -- yang mendaki ranking ke-11 dunia -- tidak dapat menjelmakan saingan sengit kepada seteru itu apabila tunduk 16-21 dan 14-21. 


 

Advertisement

Must Watch Video