Skip to main content

Badminton

Masters Orleans: Kempen beregu wanita  berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-tan-m-thinaah.jpg
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, terlepas tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Orleans sebentar selepas kecundang kepada gandingan China yang menduduki ranking dunia ke-42, sebentar tadi.


Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian memerlukan 40 minit untuk mengecewakan pilihan kedua kejohanan itu di Palais Des Sports, Perancis. 

Satu lagi taruhan beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, turut menempa kekecewaan selepas Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong cemerlang dengan keputusan 21-13, 21-11.

Dalam masa sama, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terpaksa melupakan kemaraan mereka berikutan kecederaan.

Insiden tergelincir semalam bermakna Su Yin tidak sempat pulih untuk pertemuan dengan beregu Indonesia, Rehan Kusharjanto dan Gloria Widjaja, pada malam ini. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video