Stadium Astro logo
BADMINTON

Masters Orleans: Cheng Su Yin tarik diri kerana cedera jatuh tangga?

article-author-avatar
Muzaffar Musa 08/03/2025 | 04:54 MYT
Article ribbon Masters Orleans: Cheng Su Yin tarik diri kerana cedera jatuh tangga?
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terpaksa menarik diri daripada perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Masters Orleans di Palais des Sports malam tadi.
Pasangan itu sepatutnya berdepan gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, bagi penentuan ke separuh akhir.
Bagaimanapun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memaklumkan Su Yin mengalami kecederaan pergelangan kaki dan tidak dapat melalui perlawanan itu.
Salah seorang pegawai pasukan Indonesia, Bambang Roedyanto, yang lebih dikenali sebagai Koh Rudy, dalam satu ciapan X, memaklumkan bahawa Cheng Su Yin terjatuh dari tangga sehingga mengalami kecederaan berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semoga cepat sembuh Su Yin.
#badminton #BAM #Hoo Pang Ron #Cheng Su Yin #Masters Orleans